SELAMAT DATANG KE LAMAN AL-SYUHADAK.COM...............SEMOGA ANDA MENDAPAT MANFAAT DARI LAMAN INI. .........UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA EMAIL KE syuhadakalhaj@yahoo.com atau tel: 0126127551

Isnin, 22 November 2010

Salam Baitullah

Alhamdulillah Al-Faqir berkesempatan menjadi panel program RTM1 kerana diundang oleh penulis skrip dan penerbit rancangan tersebut iaitu faridu a'srihi min bani jinsihi al-Dai'yah al-Ustaz Mohd Farid Abdullah. Al-Faqir diundanga sebanyal 2 kali bagi mengupas isu hajjah al-wada' dan wuquf di arafah.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Al-Faqir terpacul di muka TV. pernah dulu slot tazkirah JAKIM, tapi rakaman la. Semasa bertugas sebagai imam di Tampin pun ada TV3 buat al-Kulliyah disana dan al faqir turut diundang sebagai panel ke2. apa pun, semoga pengalaman ini membuka ruang dakwah yang lebih besar . Wallhu a'lam

Jumaat, 19 November 2010

khutbah jumaat

Semalam, 12 zulhijjah 1431 saya berkesempatan mendengar khutbah jumaat di masjid ikhwan seremban selatan. Khatib rasmi yang dikenali ramai ialah Ustaz Kiai Hj Khusyairi Hamdan. Saya amat teruja dengan intonasi persembahannya yang berkesan dan isinya yang bernas. Diantara isu yang dibentangkan oleh khatib ialah adab2 walimah yang pasti kerap diadakan sepanjang musim cuti sekolah ini. Isu2 ikhtilat, tidak menghormati azan( zuhor ) dan waktu solat dan yang lebih menjolok ialah budaya berhibur seperti muzik2 yang melampau. kewajipan menerima jemputan kenduri seperti yang dianjurkan oleh syara' akhirnya menjadi haram kerana majlis-majlis tersebut hanya dihiasi dengan maksiat dan adat berbanding hukum syariat yang sewijibnya dinibatkan. semoga Allah merahmati kita semua dan mengurniakan ustaz kuysairi ilham nafi' didalam menyampaikan ilmu beliau .

Tausiah

semoga semangat dan ruh pengorbaan Sayyidina Ibrahim dan anakandanya Sayyidina Ismail menjadi pengajaran abadi didalam kehidupan kita . Kullu A'm wa nahnu ila Allah aqrab .